Trump Kembali Ke Rumah Putih

2020-10-06 12:31:59  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump keluar dari hospital dan kembali ke Rumah Putih malam semalam. Namun kumpulan perubatannya menyatakan beliau masih belum sembuh sepenuhnya.

Video berkenaan yang menunjukkan, Trump memakai pelitup muka dan berjalan keluar dari Pusat Perubatkan Walter Reed, menaiki kereta yang membawanya menuju ke helikopter yang sedang menantinya.

Trump dilihat membuka pelitup muka berdiri di beranda Rumah Putih dan mengundang penggambaran wartawan. Beliau didapati tidak bercakap sepanjang rakaman vedio itu.

Trump dan isterinya, Melania, dihantar ke hospital Jumaat lalu selepas disahkan positif COVID-19.

胡星