Wakil China ke PBB Kritik Barat Cabul Hak Asasi Manusia

2020-10-06 11:28:46  CRI
Share with:

Perdebatan umum jawatankuasa ke-3 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan semalam. Wakil Tetap China, Zhang Jun mewakili 26 negara termasuk Rusia, Belarus, Kemboja dan Palestin menyampaikan ucapan, mengkritik Amerika Syarikat dan negara-negara Barat lain mencabul hak asasi manusia. Beliau menuntut tindakan paksa sepihak mesti dibatalkan segera dan memberikan perhatian tinggi terhadap diskriminasi ras sistematik.

Menurutnya, pandemik COVID-19 memberikan impak teruk kepada semua negara khususnya negara-negara membangun. Masyarakat antarabangsa perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk melawan wabak dan memulihkan ekonomi. Tindakan paksa sepihak telah membelakangi Piagam PBB, undang-undang antarabangsa, multilateralisme dan norma asas hubungan antarabangsa. Kami mengalu-alukan resolusi "penyelarasan secara komprehensif melawan pandemik COVID-19" yang diluluskan Perhimpunan Agung baru-baru ini. Resolusi tersebut menuntut pelbagai negara tidak mengedarkan dan melaksanakan sebarang tindakan ekonomi, kewangan dan perdagangan sepihak yang tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB. Selain itu, resolusi tersebut menyeru tindakan paksa sepihak dibatalkan bagi memastikan kesemua anggota masyarakat antarabangsa melawan wabak secara komprehensif dan berkesan.

徐国玮