Ucapan Trump mengenai Covid-19 Disyaki Media Sosial

2020-10-07 13:36:51  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump yang kembali ke Rumah Putih dari hospital kelmarin mengibaratkan virus Covid-19 sebagai flu melalui akaun media sosialnya, dengan keinginannya mahu mengecilkan ancaman yang dibawa Covid-19. Namun , ucapan beliau turut disyaki oleh sesetengah media sosial.

Trump dalam akaun media sosialnya menyatakan, dengan adanya vaksin flu, masih terdapat ramai orang, kadang kala lebih 100 ribu diragut nyawa oleh penyakit itu. Namun, rakyat AS tidak akan menutup negara, sebaliknya akan belajar hidup bersama dengan flu, seperti apa yang berlaku sekarang,  iaitu menyelaraskan diri dengan virus Covid-19.  Katanya, berbanding dengan flu, virus Covid-19 jauh lebih daripada fatal. 

Bagaimanapun, sesetangah platform media sosial segera membuat respons terhadap ucapan Trump itu, antaranya, Twitter melabelkan “amaran” terhadap ucapannya sebagai yang mungkin mengandungi maklumat salah. Dalam pada itu,  Facebook cepat sahaja menyembunyikan ucapan itu.

胡星