Kereta Api China-Eropah Melalui Horgos Berjumlah 10,000

2020-10-08 13:21:57  CRI
Share with:

Sebuah kereta api bertolak dari bandar Chongqing China pada 6 Oktober lalu, melalui pelabuhan Horgos Xinjiang, dan dijangka sampai ke Duisburg, Jerman dalam 18 hari. Kereta api itu menjadi kereta api China-Eropah (Asia Tengah ) ke-10,000 yang melalui pelabuhan Horgos.

Pada Januari hingga September lalu, sebanyak 3,243 kereta api China-Eropah (Asia Tengah) melalui Horgos dan jumlah ini meningkat 32% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kereta Api tersebut menghantar pakaian, barang-barang kegunaan seharian dan bahan binaan dari China ke Kazakhstan, Uzbekistan, Jerman, Poland dan negara-negara lain, dan membawa balik galian besi, kayu dan komponen kenderaan ke pelbagai bandar di China.

Kerajaan Horgos menambah sokongan kepada laluan itu seperti meningkatkan keefisienan kelulusan kastam, menurunkan kos logistik, memperkasakan sokongan kewangan serta perkhidmatan.

徐国玮