Sidang Tahunan WEF Ditunda pada Mei 2021

2020-10-08 13:23:03  CRI
Share with:

Forum Ekonomi Dunia (WEF) semalam mengumumkan, sidang tahunan 2021 akan ditunda pada 18 hingga 21 Mei tahun depan. Tempatnya pula akan dipindahkan dari Davos ke Buergenstock, Luzern Switzerland. Menurut WEF, sidang tahunan itu akan diadakan dengan prasyarat kesihatan dan keselamatan peserta dan penganjur terjamin.

Sidang tahunan yang bertemakan kemakmuran semula dunia itu akan memfokuskan pelan penyelesaian bagi cabaran global yang paling serius. Menurut rancangan WEF, pemimpin pelbagai kalangan akan bersama-sama melakar pelan pemulihan sejagat, membina kemakmuran semula pasca wabak agar membina semula masyarakat yang lebih inklusif dan berkembang secara berterusan.

Sidang tersebut akan diadakan secara dalam dan luar talian.

徐国玮