Israel, Jordan Tandatangani Perjanjian Penerabangan

2020-10-09 13:39:58  CRI
Share with:

Israel dan Jordan menandatangani perjanjian penerbangan pada 8 Oktober lalu untuk membenarkan pesawat kedua-dua pihak melalui ruang udara kedua-dua negara pada waktu yang ditentukan.

Menurut perjanjian itu, ruang udara Israel dan Jordan akan terbuka kepada penerbangan kedua-dua pihak selama tujuh jam sehari pada hari kerja, dan 12 jam pada hujung minggu.

Kementerian Pengangkutan Israel mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi, tindakan ini akan memendekkan banyak waktu perjalanan penerbangan antara Israel dengan negara-negara di Teluk dan Asia.

Jordan merupakan negara Arab kedua yang memilih menandatangani perjanjian damai dengan Israel selepas Mesir.

吕清