Ketua Pengarah Wanita yang Pertama bagi WTO

2020-10-09 13:28:59  CRI
Share with:

Pengerusi Majlis Jeneral Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), David Walker mengumumkan semalam bahawa para anggotanya melalui rundingan dua pusingan memutuskan Ketua Pengarah WTO yang baharu akan dipilih daripada dua calon wanita. Ini bermakna WTO akan menyambut  Ketua Pengarah wanita yang pertama sejak ditubuhkan pada 25 tahun yang lalu.

Menurut Walker, kedua-dua calon tersebut adalah Ngozi Okonjo-Iweala dari Nigeria dan Yoo Myung-hee dari Republik Korea. Rundingan pusingan terakhir akan diadakan pada 19 hingga 27 bulan ini.

Ngozi Okonjo-Iweala adalah mantan Menteri Kewangan dan Menteri Luar Nigeria, yang pernah bertugas di Bank Dunia selama 25 tahun dan pernah menyandang jawatan Naib Presiden Eksekutif Bank Dunia.

Manakala, Yoo Myung-hee adalah Menteri Perdagangan Republik Korea, yang bertugas dalam bidang perdagangan selama 25 tahun, dan pernah kerap kali mewakili negaranya menyertai rundingan antarabangsa yang penting. 

曹捷