Pemohon Elaun Pengangguran Kekal Ramai di AS

2020-10-09 13:46:12  CRI
Share with:

Data statistik diumumkan Kementerian Buruh AS semalam menunjukkan setakat minggu yang lalu, jumlah orang yang buat kali pertama memohon elaun pengangguran telah berkurang 9 ribu, dengan mencatat 840 ribu. Jelaslah pasaran pengambilan pekerjaan masih dalam kesukaran di negara itu.

Baru-baru ini, Presiden Donald Trump menghentikan rundingan mengenai rancangan merangsang ekonomi pusingan baharu antara White House dengan Parti Demokratik dalam Kongres Negara. Ramai pegawai AS dan pakar berkenaan berasa bimbang bahawa perbuatan Donald Trump ini akan menjejaskan pemulihan pasaran pengambilan pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell menyatakan prospek pemulihan ekonomi AS masih tidak menentu, dan sokongan dasar yang tidak mencukupi salah satu sebabnya yang menjadikan pemulihan ekonomi perlahan-lahan.

张宪