AS: 840 Ribu Pemohon Baharu Faedah Pengangguran

2020-10-09 11:41:33  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS), jumlah pemohon faedah pengangguran untuk kali pertama mencatat angka 840 ribu pada seminggu sebelum 3 Oktober, melebih daripada anggaran iaitu 825 ribu.

Pandemik COVID-19 membawa pengaruh negatif terhadap pasaran buruh AS, khususnya bulan Mac dan April.

Seiring dengan pemulihan semula ekonomi, pasaran buruh negara itu diperbaiki sejak Mei, namun bilangan pemohon faedah pengangguran untuk kali pertama masih berada pada tahap tinggi, iaitu empat kali ganda daripada keadaan sebelumnya susulan pertumbuhan pasaran buruh yang perlahan.

胡星