Pegawai China Berkongsi Pengalaman Pembasmian Kemiskinan

2020-10-09 12:59:59  CRI
Share with:

Forum Sosial 2020 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) telah dirasmikan di Geneva semalam. Naib Pengarah Jabatan Pengurangan Kemiskinan Dewan Negara China, Chen Zhigang telah menyampaikan ucapan melalui video secara dalam talian untuk memperkenalkan pengalaman dan pencapaian China dalam mengurangkan kemiskinan.

Menurut beliau, mengurangkan dan membasmikan kemiskinan merupakan elemen penting dalam jaminan hak asasi manusia. Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan China sentiasa mengutamakan hak nyawa dan pembangunan rakyat, dan berusaha mengurangkan kemiskinan demi mendorong hak asasi manusia.

Melalui usaha gigih, populasi miskin berkurangan hingga 5.51 juta orang pada 2019 berbanding 98.99 juta orang pada 2012.

 

张宪