"Minggu Keemasan" Saksikan Ketabahan dan Kedinamikan Ekonomi China

2020-10-10 14:58:50  CRI
Share with:

Keghairahan pengguna China sekali lagi dapat disaksikan sepanjang 'minggu keemasan' percutian 1 hingga 8 Oktober yang baru berlalu yang selalu dianggap sebagai salah satu jendela untuk melihat ekonomi negara ini. Sebahagian data statistik yang berikut menunjukkan bahawa jualan runcit dan katering syarikat utama China mencatat RMB1.6 trilion (RM980 bilion); Seramai 637 juta orang pelancong dilayan di seluruh negara, sekali gus menyumbang pendapatan pelancongan domestik bernilai RMB466.56 bilion (RM285.16 bilion); Kutipan tiket panggung wayang seluruh negara pula mencecah RMB3.95 bilion (RM2.42 bilion) yang disumbang oleh hampir 100 juta penonton. Akhbar The New York Times mengulas, pencapaian pada 'minggu keemasan' ini merupakan isyarat paling jelas yang menandakan China berjaya pulih daripada penularan wabak COVID-19.

Kini, enjin penggerak ekonomi China yang terlalu bergantung kepada pelaburan dan pengeksportan pada masa dahulu sedang dialihkan kepada permintaan domestik terutamanya penggunaan yang terus dinaiktarafkan, dengan ekonomi digital yang berkembang makmur menjadi pendorong utama.

Menurut majalah ekonomi Amerika Syarikat Barron, pemulihan ekonomi di China tidak terlepas dari pimpinan kerajaan yang pantas dan keyakinan rakyat.

Pemulihan cepat entiti ekonomi kedua terbesar di dunia ini dalam konteks ekonomi global merosot akibat impak pandemik, kondusif kepada negara sendiri bahkan dunia, kerana pengimportan barang berkualiti oleh China akan menyediakan banyak peluang pembangunan kepada syarikat negara lain.

Menurut ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (WB), China mungkin menjadi satu-satunya entiti ekonomi utama yang merealisasikan pertumbuhan pada tahun ini. Tiada syak lagi, China, seperti jenama kereta api lajunya, akan terus maju dan dipercayai akan membawa keyakinan dan harapan yang semakin banyak kepada dunia.

高蕾