Pemulihan Ekonomi China, Galakan Ekonomi Jiran

2020-10-10 13:17:43  CRI
Share with:

Pemulihan Ekonomi China, Galakan Ekonomi Jiran_fororder_1010tp

Kumpulan pengurus aset, Invesco baru-baru ini menyifatkan pemulihan ekonomi China daripada penularan wabak COVID-19 kondusif kepada penggalakkan ekonomi negara jiran di Asia.

Menurut Invesco, tercatat rekod baharu tentang tempahan restoran dan jumlah pelancong sempena 'minggu keemasan' percutian Hari Kebangsaan China.

Syarikat Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, pelancongan domestik pada 'minggu keemasan' percutian 1 Oktober mungkin pulih kepada paras sebelum penularan wabak, ekoran rangsangan dasar terhadap penggunaan dan pemberian elaun dalam jumlah besar. Negara lain di benua Asia pula menumpu kepada pasaran penggunaan domestik masing-masing bagi memastikan kedinamikan ekonomi.

Ahli ekonomi kanan dari Kumpulan Bursa Merkantil Chicago (CME Group), Blu Putnam berkata, China meningkatkan pinjaman kewangan terhadap projek infrastruktur yang dipercayai berfungsi menstabilkan pengambilan pekerjaan dan membolehkan perusahaan memulihkan operasi yang berkeuntungan. 

 

高蕾