Huawei Buka Pusat R&D Keenam di Perancis

2020-10-10 12:41:55  CRI
Share with:

Syarikat Huawei melancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Lagrange semalam, sekali gus menandakan enam pusat R&D telah dibina di Perancis.

Pengarah Institut Penyelidikan Strategik Huawei, Xu Wenwei dalam ucapan menerusi sidang video berkata, Pusat R&D Lagrange ialah sebuah platform yang terbuka kepada ahli matematik di seluruh dunia, dan hasil penyelidikannya akan menyumbang untuk industri telekomunikasi sejagat.

Sementara itu, Pengerusi Daerah Ile-de-France, Valerie Pecresse pula berkata, penubuhan pusat R&D tersebut akan menjadi daya tarikan kepada genius matematik dari seluruh dunia.

Difahamkan, pusat R&D di Lagrange akan menumpukan kepada bidang matematik dan pengiraan.

张哲