Pinggirkan CDC, Kerajaan AS Dikritik

2020-10-10 12:39:29  CRI
Share with:

Mantan Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, William Foege memberitahu bahawa Presiden Donald Trump dan kerajaan pimpinannya sedang terus-menerus meminggirkan CDC.

Ketika diwawancara oleh Radio Awam Nasional (NPR) baru-baru ini, Foege menjelaskan tindakan itu menyebabkan CDC tidak mampu membuat respons yang sewajarnya terhadap wabak COVID-19.

Katanya, perbuatan Presiden Trump tersebut seolah-olah “mencengkam leher sektor kesihatan awam” sehingga sistem berkenaan gagal untuk berfungsi.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik kerajaan persekutuan yang tidak mempedulikan penularan wabak, dan sebaliknya membiarkan 50 negeri bertindak secara bersendirian.

张哲