171 Negara Sertai COVAX

2020-10-10 14:46:35  CRI
Share with:

171 Negara Sertai COVAX_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_135dd864-7b38-4bc2-b294-92eb177177b3

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat melibatkan wabak COVID-19 semalam menyatakan bahawa terdapat 171 buah negara dan entiti ekonomi telah menyertai “rancangan pelaksanaan vaksin COVID-19” (COVAX) setakat ini.

Beliau menekanakn, negara dan entiti ekonomi yang telah mengambil bahagian dalam rancangan tersebut boleh menyediakan vaksin kepada golongan keutamaan termasuk tenaga perubatan, warga tua dan pesakit pada masa yang sama. Matlamat rancangan ini adalah untuk memastikan sebanyak 2 bilion vaksin COVID-19 dihasilkan dan diagihkan menjelang penghujung 2021.

Ketika mengulas penyertaan China dalam COVAX, Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, tindakan ini merupakan langkah penting bagi China untuk mengamalkan konsep komuniti berkongsi kesihatan sesama insan dan menunaikan janji mendorong vaksin Covid-19 menjadi produk awam seluruh dunia.

张宪