Media Asing: Ekonomi China di Landasan Betul

2020-10-12 15:52:44  CRI
Share with:

CNN melaporkan, dalam senario ekonomi global yang merudum ketika ini akibat merebaknya pandemik COVID- 19, ekonomi China kembali ke landasan betul, dan dijangka lebih berpengaruh di peringkat dunia menjelang hujung tahun ini.

Laporan itu berbunyi, pemerebakan wabak itu menyebabkan penerbangan terpaksa dibatalkan dan operasi-operasi syarikat mengalami kelumpuhan.

Meskipun begitu, China merupakan satu-satunya kuasa besar yang terlepas daripada berlakunya kemerosotan ekonomi apabila Bank Dunia sebelum ini mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China untuk tahun ini tumbuh pada kadar 1.6 peratus, manakala ekonomi global menguncup 5.2 peratus.

Sementara itu, laporan akhbar Britain, Financial Times pula menyentuh berkenaan dengan pemulihan pasaran China ketika cuti panjang sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut laporan tersebut, ekonomi negara tembok besar ini menyaksikan pemulihan yang memberangsangakan susulan kehadiran ratusan juta pelancong domestik.

Menurut statistik rasmi, China mencatat kehadiran pelancong seramai 637 juta bagi tempoh cuti panjang selama lapan hari yang baru berlalu dengan pendapatan sehingga RMB466.6 bilion (RM288.5 bilion).

张哲