Ulang Tahun Ke-20 Penubuhan Forum Kerjasama China-Afrika

2020-10-12 14:29:29  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Senegal, Macky Sall bersama-sama mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) hari ini.

Kedua-dua pemimpin menyatakan bahawa China dan Senegal yang selaku pengerusi bersama bersedia bersama-sama pelbagai negara Afrika menyambut detik yang bermakna ini.

Dengan usaha bersama kedua-dua pihak dalam tempoh 20 tahun yang lalu, forum tersebut telah menjadi platform penting dan aktif bagi dialog kolektif serta mekanisme yang berkesan bagi kerjasama pragmatik. China dan Afrika komited membina hubungan rakan kerjasama strategik yang bermutu tinggi dengan rakyat diutamakan dan hasil forum itu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Ketika sidang kemuncak FOCAC diadakan di Beijing pada 2018, kedua-dua pihak telah mencapai konsensus untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika. Ini menetapkan hala tuju bagai hubungan itu pada masa depan.

Menurut kedua-dua pemimpin, pandemik COVID-19 merupakan cabaran yang serius bagi seluruh umat manusia dan membawa impak besar kepada ekonomi dunia. China dan Afrika komited meningkatkan perpaduan dan kerjasama untuk bersama-sama menghadapi pelbagai risiko dan cabaran agar menjadikan kerjasama China-Afrika sebagai teladan multilateralisme dan menang-menang.

徐国玮