EU Alu-alukan China Sertai COVAX

2020-10-12 14:06:37  CRI
Share with:

EU Alu-alukan China Sertai COVAX_fororder_1602424174036_52_1080x1313

Kesatuan Eropah (EU) mengalu-alukan penyertaan China dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX).

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen semalam menerusi akaun media sosialnya menyatakan bahawa EU memiliki matlamat yang sama dengan China.

Beliau berkata, multilateralisme adalah kunci bagi memastikan vaksin COVID-19 dapat diakses dan dikongsi oleh semua.

Tambah beliau, pihaknya turut menanti-nantikan kerjasama dengan China dan rakan-rakan lain berhubung pelan berkenaan.

Sementara itu, Wakil Kanan EU bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrell Fontelles dalam akaun media sosialnya pula mengiktiraf dan menghargai keputusan China untuk mengambil bahagian dalam COVAX.

Ujarnya, hanya melalui sinergi global, barulah perjuangan melawan COVID-19 dapat mencapai kemenangan.

张哲