COVID-19: Situasi di AS Dijangka Terus Memburuk

2020-10-13 14:26:40  CRI
Share with:

COVID-19: Situasi di AS Dijangka Terus Memburuk_fororder_cnn

Sebanyak 57,420 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 9 Oktober, sekali gus menjadi hari dengan kes baharu paling banyak direkodkan sejak 14 Ogos lalu.

Menurut laporan CNN, data terkini dari Universiti Johns Hopkins menunjukkan kes positif COVID-19 terus meningkat di pelbagai tempat di AS kebelakangan ini.

Kakitangan perubatan tempatan turut berpendapat bahawa ia mungkin petanda kepada tercetusnya gelombang kedua.

Dalam pada itu, pakar penyakit berjangkit, Dr. Anthony Fauci pula menyatakan, pandemik COVID-19 di AS dijangka terus memburuk pada musim sejuk yang akan datang.

董筱娉