Peng Liyuan Utus Kawat Tahniah kepada Penyampaian Hadiah UNESCO

2020-10-13 14:34:51  CRI
Share with:

Isteri presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menyampaikan ucapan tahniah melalui video kepada majlis penyampaian hadiah pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-5 semalam.

Peng, yang juga utusan khas UNESCO atas kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, mengucapkan tahniah kepada pemenang dari Sri Lanka dan Kenya.

Menurutnya, China dan UNESCO bersama-sama menubuhkan hadiah tersebut pada tahun 2015. Pemenang-pemenang hadiah telah berbakti dalam membantu kanak-kanak perempuan dan wanita memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Mereka memberikan sumbangan bagi kesamarataan jantina dalam pendidikan dan mendorong kemajuan masyarakat.

Menurutnya, sejumlah 1.5 bilion pelajar terpaksa berhenti pelajaran di sekolah akibat pandemik COVID-19. Golongan kanak-kanak perempuan yang lebih terjejas. Kita perlu bertindak membantu kanak-kanak perempuan mengikuti pelajaran.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay memuji tinggi usaha China bagi menubuhkan hadiah tersebut. Pihaknya komited bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan kanak-kanak perempuan dan wanita menikmati pendidikan yang sama rata serta mempunyai masa depan yang cerah.

徐国玮