WHO: Imuniti Kawanan Bukanlah Solusi

2020-10-13 14:33:11  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru pelbagai negara mengambil tindakan yang sesuai keadaan masing-masing untuk membendung penularan wabak.

Dalam sidang taklimat di Geneva semalam, beliau telah memperkenalkan perkembangan terkini wabak COVID-19 dan memberikan pandangan tentang imuniti kawanan.

Menurutnya, jumlah kes wabak terus meningkat di serata dunia dan situasinya tidak seimbang. Dalam kes baharu yang dilaporkan pada minggu lalu, kira-kira 70% kes adalah dari 10 negara dan hampir 50% kes adalah dari tiga negara. Banyak negara telah berjaya membendung penularan wabak dan langkah-langkah itu keadah paling baik untuk melawan wabak.

Beliau berkata, imuniti kawanan ialah konsep yang digunakan untuk vaksinasi, dan perlu dicapai dengan melindungi rakyat dari virus, bukan dengan mendedahkan.

徐国玮