Salahkan Negara Lain Tak Dapat Sembunyikan Kegagalan Sendiri

2020-10-14 13:19:07  CRI
Share with:

Salahkan Negara Lain Tak Dapat Sembunyikan Kegagalan Sendiri_fororder_webwxgetmsgimg

Anggota suruhanjaya hal ehwal luar Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Michael McCaul mengeluarkan satu laporan yang mendakwa China "menyempunyikan maklumat wabak" dan "tidak berkongsi maklumat mengenai patogen dan susunan gen COVID-19". Tindakan menyalahkan China tersebut hanyalah satu lagi sandiwara kerajaan AS yang sebenarnya mendedahkan kegagalannya dalam melawan wabak.

Prestasi pencegahan dan kawalan wabak China terbukti berkesan dan berjaya. Apabila China menutup bandar Wuhan pada 23 Januari lalu, hanya 9 kes jangkitan dilaporkan di luar negara ini, antaranya 1 kes di AS. Namun pada masa ini, kes positif di AS telah melebihi 8 juta, antaranya kes kematian melebih 220 ribu. Mengapa AS selaku negara yang mempunyai sumber perubatan paling baik di dunia gagal melawan wabak ini?

Menurut laporan media tempatan, kes jangkitan terawal di AS mungkin pada Oktober tahun lalu. Mengapa pihak berkuasa tidak melaporkan keadaan wabak dan mengapa politikus White House sibuk menyekat pakar kesihatan termasuk Anthony S. Fauci, Helen Chu dan Rick Bright? Apa yang hendak disembunyikan mereka?

Menurut ulasan The Washington Post, kegagalan AS melawan wabak adalah satu malapetaka buatan manusia. Pemerintah hanya mengutamakan kepentingan individu dan parti, dan tidak menghiraukan kemanusiaan dan sains.

China menganggotai pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) baru-baru ini dan mendapat pujian masyarakat antarabangsa. Namun AS menolak untuk menyertai pelan itu. Pakar penyakat berjangkit dari Universiti Harvard, Dr Michael Mina mengulas bahawa AS benar-benar memulaukan diri sendiri.

覃淼