Gottlieb: Tahap Ujian AS Jauh Ketinggalan

2020-10-16 13:07:40  CRI
Share with:

Gottlieb: Tahap Ujian AS Jauh Ketinggalan_fororder_sdf

Bekas Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), Dr. Scott Gottlieb mengakui langkah pencegahan dan kawalan jangkitan COVID-19 yang diambil secara ketat dan efisien di China mustahil dapat dilaksanakan di AS.

Gottlieb ketika diwawancara CNBC turut berharap agar kerajaan dapat meningkatkan lagi keupayaan ujian saringan dan memperluas pengesanan kontak rapat untuk membendung penularan wabak.

Apabila mengulas ujian saringan yang dijalankan ke atas 9 juta penduduk di Qingdao dalam tempoh lima hari, Gottlieb memberi reaksi terkejut dengan mengatakan China berjaya mengekang wabak itu daripada berulang.

Katanya, meskipun AS memiliki tenaga profesional dan alat perubatan yang mencukupi, tetapi negara itu mustahil beroleh hasil seperti China.

周乔西