COVID-19: Eropah Digesa Perketat Kawalan Virus

2020-10-16 15:05:29  CRI
Share with:

Negara-negara Eropah merekodkan hampir 700 ribu kes positif baharu COVID-19 pada minggu lepas, sekali gus mencatatkan jangkitan tertinggi untuk tempoh seminggu di benua itu sejak pandemik tercetus pada awal tahun ini.

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge semalam di Copenhagen menyatakan bahawa bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital naik mendadak susulan kes jangkitan yang semakin meningkat di pelbagai negara Eropah buat masa ini. Kes kematian akibat COVID-19 di benua itu pula dilaporkan mencatat 1,000 orang setiap hari.

Hans menyuarakan gesaan supaya negara-negara Eropah bersungguh-sungguh mengawal pemerebakan virus menerusi pendekatan efektif, sekiranya tidak mahu melihat lebih ramai nyawa terkorban.

Beliau turut memberi amaran bahawa pelonggaran perintah berkurung akan menyebabkan kadar kematian pada musim luruh dan musim sejuk meningkat empat hingga lima kali ganda berbanding dahulu.

周乔西