Guterres Seru Golongan Miskin Diberi Bantuan

2020-10-18 14:43:10  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa semalam menyeru masyarakat antarabangsa agar memberikan bantuan kepada golongan miskin ketika ini dan pasca wabak.

Menurutnya, wabak COVID-19 ialah satu krisis yang dua kali lebih teruk bagi golongan yang paling miskin di dunia. Menurut ramakan terkini, seramai 115 juta orang terjerumus ke dalam kemiskinan akibat wabak pada tahun ini. Ini kali pertama jumlah golongan miskin bertambah dalam 10 tahun lalu.

Beliau berkata, pelbagai negara patut mempergiat usaha membasmi kemiskinan pada masa kritikal ini.

覃淼