Armenia, Azerbaijan Saling Tuding Jari

2020-10-19 12:01:15  CRI
Share with:

Armenia dan Azerbaijan terus saling menuding jari mengenai pelanggaran gencatan senjata, selepas satu perjanjian yang bertujuan untuk mengakhiri pertempuran di wilayah Nagorno-Karabakh dikuatkuasakan pada 18 Oktober.

Kementerian Pertahanan Azerbaijan dalam satu kenyataan mengatakan, sebuah pesawat perang Su-25 Armenia ditembak jatuh apabila ia mencuba menyerang tentera Azerbaijan di wilayah Jabrayil pada tengah hari semalam. Tentera Armenia juga menyerang beberapa wilayah lain di Azerbaijan termasuk Gadabay setelah gencatan senjata berkuat kuasa.

Pada hari sama, Kementerian Luar Armenia dalam kenyataannya pula mengutuk serangan dilakukan tentera Azerbaijan terhadap selatan Nagorno-Karabakh yang telah menyebabkan kecederaan dan kematian.

周乔西