Standard Chartered: China Cipta Formula Ajaib

2020-10-19 17:30:19  CRI
Share with:

Bank Standard Chartered memberitahu China berjaya mencipta formula ajaib untuk menangani impak wabak COVID-19 terhadap ekonomi.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan Stesen CNBC Amerika Syarikat, bank itu berkata China telah berjaya mengawal wabak berkenaan, sekali gus membolehkan rakyatnya dapat kembali ke bekerja.

Standard Chartered: China Cipta Formula Ajaib_fororder_g1

Standard Chartered juga menyatakan bahawa jaringan jaminan sosial di China adalah mengagumkan dan tindak balas pantas dari Beijing telah membantu untuk mengurangkan kebankrapan syarikat dan pengangguran dalam jumlah yang sangat kecil.

Dalam pada itu, unjuran Prospek Ekonomi Dunia yang disiarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memaklumkan ekonomi global dijangka menyusut 4.4% pada tahun ini.

Standard Chartered: China Cipta Formula Ajaib_fororder_g2

Meskipun begitu, China akan menjadi satu-satunya entiti ekonomi utama yang mewujudkan pertumbuhan sebanyak 1.9% dan ia dijangka meningkat kepada 8.2% pada tahun depan.

高蕾