Jepun Digesa Tepati Janji

2020-10-19 14:16:03  CRI
Share with:

Jepun digesa supaya menepati janji untuk menerima dan mengkaji kembali sejarah pencerobohannya, dan memperoleh kepercayaan daripada negara jiran di Asia dan masyarakat antarabangsa melalui tindakan praktikal.

Gesaan dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian susulan pemimpin Jepun meletakkan persembahan di Yasukuni Jinja semasa menghadiri aktiviti pemujaan musim luruh pada 17 Oktober, yang turut disertai beberapa ahli Diet negara itu.

Zhao berkata, perbuatan negatif pihak Jepun itu sekali lagi mencerminkan sikap salahnya terhadap sejarah pencerobohan.

Yasukuni Jinja, alat spiritual dan simbol militerisme Jepun melancarkan perang pencerobohan terhadap negara lain, dibina bagi memperingati penjenayah perang khususnya 14 orang penjenayah perang utama dalam Perang Dunia II.

 

 

周乔西