Prestasi Ekonomi China Dipuji

2020-10-20 15:00:08  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh dari luar negeri serta media asing memuji prestasi ekonomi China yang menunjukkan momentum semakin baik hingga menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.

Prestasi Ekonomi China Dipuji_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_1e4faea1-63dc-49b0-a9ca-1da2385c156b.JPG

Ahli ekonomi Bank OCBC Singapura, Tommy Dongming Xie berpendapat, statistik terkini yang dikeluarkan kerajaan China adalah paparan ekonomi negara itu yang menyaksikan pemulihan pantas susulan kegiatan pelaburan dan pembuatan yang kembali aktif, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 0.7 peratus bagi tempoh tiga suku pertama tahun ini. Beliau yakin, pertumbuhan memberangsangkan China pasti akan memberi manfaat kepada ekonomi dunia.

Akhbar AS The New York Times melaporkan, dalam senario kebanyakan rantau di dunia bertungkus-lumus melawan COVID-19 ketika ini, keadaan China jelas membuktikan bahawa ekonomi mampu pulih dengan mendahulukan langkah pencegahan penularan COVID-19. Laporan itu turut menyifatkan China sebagai negara pertama yang ekonominya merekodkan pertumbuhan positif pada tahun ini.

董筱娉