Media Dunia: China Dahului Dunia Dalam Ekonomi Wabak

2020-10-20 15:48:22  CRI
Share with:

Lensa media di dunia tertumpu kepada pengumuman data operasi ekonomi China bagi suku ketiga tahun 2020 pada semalam.

Menurut Akhbar The New York Times (NYT), ketika kebanyakan rantau dunia masih menangani wabak COVID-19, China sekali lagi membuktikan bahawa ekonomi negara dapat pulih sekiranya wabak dibendung.

Media Dunia: China Dahului Dunia Dalam Ekonomi Wabak_fororder_2a

Jelas NYT, peningkatan ekonomi di China dijangka akan terus berkembang pada suku keempat.

Sementara itu, CNN pula melaporkan skop pemulihan China sedang meluas, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pelaburan.

Media Dunia: China Dahului Dunia Dalam Ekonomi Wabak_fororder_2b

Dalam pada itu, akhbar Financial Times Britain pula menyatakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sebanyak 4.9% pada suku ketiga, menyaksikan ia menghampiri paras sebelum terjadinya pandemik.

高蕾