WHO Puji Usaha Asia Timur Lawan COVID-19

2020-10-20 14:15:39  CRI
Share with:

Pengarah program kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan dalam sidang media semalam berkata, pelbagai negara di rantau Asia Timur mencapai kemajuan yang besar dalam mendatarkan lengkung pandemik COVID-19.

Kata beliau, Asia mempunyai kelebihan kerana rakyatnya lebih meyakini kerajaan dan mematuhi peraturan.

Beliau turut memuji sejumlah negara Asia yang terus berusaha meningkatkan keupayaan ujian saringan dan rawatan terhadap pesakit COVID-19 sedangkan jumlah kes jangkitan sudah menurun.

张哲