Pendirian Pakistan dalam Isu Xinjiang Dihargai

2020-10-21 15:38:34  CRI
Share with:

China menghargai pendirian Pakistan yang objektif dan adil dalam isu Xinjiang, ujar jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media semalam.

Penasihat Perdana Menteri Pakistan bagi keselamatan negara, Moeed Yusuf dalam satu temu bual baru-baru ini menyatakan bahawa delegasi negara itu pernah menjejak kaki ke wilayah Xinjiang, menyaksikan penduduk pelbagai etnik tempatan menikmati hak-hak yang sama rata dan hidup dengan bahagia. Tidak wujud sama sekali apa yang disebut “isu orang Uygur” di wilayah itu.

Zhao berkata, sebelum ini, 48 buah negara mengeluarkan kenyataan bersama dalam Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), menyuarakan bantahan terhadap amalan dwistandard dan cubaan mempolitikkan isu hak asasi manusia. Mereka juga menentang segala tohmahan dan fitnah tidak berasas yang menyasarkan China, serta campur tangan kuasa asing dalam urusan dalamannya.

周乔西