Konsert Raikan Ulang Tahun ke-30 Hubungan Diplomatik China-Singapura

2020-10-21 13:19:03  CRI
Share with:

Sebuah konsert telah diadakan secara dalam talian sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Singapura dan ulang tahun ke-5 Pusat Kebudayaan Singapura-China di Singapura kelmarin.

Tiga kumpulan orkestra dari China dan Singapura mempersembahkan pertunjukan yang menarik melalui platform media dalam dan luar negeri dalam konsert yang bertemakan “Klasik Forever” ini. Aktiviti ini turut mencerminkan interaksi dan kerjasama mendalam kedua-dua negara dalam sektor kebudayaan dan kesenian, dan juga mewujudkan percampuran dan pertembungan antara gaya muzik tradisioal dengan moden, dan gaya muzik barat dengan timur.

Beserta dengan konsert ini, siri aktiviti anjuran bersama Persekutuan Muzik Cina Singapura( Singapore Chinese Music Federation ) dan Pusat Kebudayaan Singapura-China juga dilancarkan secara dalam talian untuk meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

曹捷