Israel, UAE Mantapkan Kerjasama Bilateral

2020-10-21 12:29:33  CRI
Share with:

Empat perjanjian dimeterai antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hasil pertemuan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan delegasi UAE yang sedang dalam rangka lawatan ke Israel semalam.

Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perjanjian yang telah dicapai melibatkan perlindungan pelaburan, memorandum persefahaman (MoU) mengenai sains dan teknologi, penerbangan dan pelaksanaan dasar bebas visa antara satu sama lain.

Menurut perjanjian tersebut, Israel dan UAE akan memangkin dan melindungi pelaburan dua hala, membuka penerbangan penumpang dan kargo secara berkala antara dua negara, serta memperkasakan kerjasama dalam bidang sains dan inovasi.

周乔西