Sweden Digesa Betulkan Keputusan Salah

2020-10-22 15:25:58  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras susulan Sweden mengumumkan keputusan untuk melarang penglibatan syarikat telekomunikasi Huawei dan ZTE dalam pembinaan rangkaian 5G negara itu dengan alasan “keselamatan negara”.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media semalam menggesa supaya Sweden segera membetulkan keputusan salah bagi mengelak berlakunya kesan negatif.

Zhao berkata syarikat China termasuk Huawei dan ZTE sentiasa aktif merancakkan kerjasama dua negara dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan mematuhi undang-undang tempatan, di samping membuat sumbangan positif terhadap pembangunan prasarana Sweden. Pasaran China juga kekal terbuka kepada syarikat negara-negara Eropah termasuk Sweden.

Namun, tanpa sebarang bukti, negara itu memburuk-burukkan dan bertindak keras terhadap syarikat China, suatu cubaan yang mempolitikkan kerjasama ekonomi normal. Perbuatan seumpama bertentangan dengan prinsip ekonomi pasaran yang bebas, terbuka, adil dan tanpa diskriminasi, yang dijunjung Sweden sejak sekian lama.

周乔西