COVID-19: Perancis Catat Kes Harian Tertinggi

2020-10-23 16:08:20  CRI
Share with:

Negara-negara Eropah mengalami gelombang baharu penularan COVID-19 yang serius kebelakangan ini.

Keadaan di Perancis menimbulkan kebimbangan apabila negara itu merekodkan lagi jangkitan harian tertinggi semalam iaitu 41,622 kes positif baharu, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 999,043.

Untuk membendung gelombang tersebut, Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mengumumkan lingkungan pelaksanaan perintah berkurung diperluas ke 39 wilayah, berkuat kuasa selama enam minggu bermula pukul 9 malam hingga pukul 6 pagi.

周乔西