Arab Saudi-China Kini Berkongsi Teknologi AI

2020-10-23 13:23:08  CRI
Share with:

Lembaga Data dan Kecerdasan Buatan (AI) Arab Saudi secara rasminya menjalinkan perkongsian dengan syarikat Huawei dari China bagi mendorong program peningkatan tahap keupayaan AI dan mewujudkan transformasi digital di negara itu.

Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak di Riyadh, Arab Saudi semalam menyasarkan sokongan kepada kerajaan, syarikat dan institusi penyelidikan Arab Saudi, dengan kerjasama dengan Huawei, untuk mencari rakan kerjasama yang sesuai, membangun modal insan dalam bidang AI, dan mendapat strategi pertumbuhan ekonomi baharu dengan penggunaan teknologi AI.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecerdasan Buatan Kebangsaan Arab Saudi (NCAI), Dr. Majid Altuwaijri berharap negaranya dapat menjadi entiti ekonomi maju yang diterajui data di dunia.

Jelasnya, dengan pelaksanaan program peningkatan tahap keupayaan AI negaranya dan kerjasama dengan Huawei, Arab Saudi bukan sahaja dapat terus memperoleh teknologi berkenaan terkini, malah juga mempelajari pengalaman yang berjaya di arena antarabangsa.

吕清