AS Mungkin Harungi Minggu Paling Sulit

2020-10-24 15:26:29  CRI
Share with:

Ketua Pakar Bedah AS, Jerome Adams memberi amaran bahawa negara itu akan mengharungi minggu paling sulit sejak tercetusnya pandemik COVID-19, susulan kes positif baharu meningkat mendadak di pelbagai tempat.

Dalam sidang kemuncak pemimpin kesihatan dan diplomasi global yang diadakan secara maya semalam, Adams meramalkan negaranya akan memecahkan rekod kes harian tertinggi pada minggu ini.

Sebelum ini, agensi berita Reuters melaporkan 76,195 kes jangkitan baharu dicatatkan di AS pada 22 Oktober. Angka ini telah menghampiri 77,299 iaitu catatan kes harian tertinggi pada 16 Julai lalu.

周乔西