Fauci: Majoriti Rakyat Tidak Dapat Disuntik Vaksin Tahun Ini

2020-10-26 14:40:42  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini mendakwa rakyatnya akan disuntik vaksin COVID-19 menjelang akhir tahun ini.

Namun, Ketua Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan AS (NIAID), Dr. Anthony Fauci memberitahu bahawa pakar perubatan hanya akan mengetahui sama ada vaksin tersebut selamat dan berkesan atau tidak menjelang akhir November hingga awal Disember nanti.

Justeru, ketika diwawancara oleh BBC semalam, Dr. Fauci menjelaskan bahawa majoriti rakyat AS perlu menunggu untuk menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya sehingga suku kedua atau ketiga tahun 2021 sekiranya vaksin diuji berkesan.

徐国玮