Projek Laluan Oren Landasan Lahore Koridor Ekonomi China-Pakistan Operasi

2020-10-26 12:19:11  CRI
Share with:

Upacara pembukaan operasi projek laluan oren lalu lintas landasan Lahore Pakistan yang dibina oleh syarikat pembinaan China telah diadakan di bandar Lahore, ibu kota provinsi Punjab, Pakistan dan Beijing, China secara dalam talian melalui video. Ini menandakan bermulanya “era kereta api bawah tanah”di Pakistan.

Menteri perdana provinsi Punjab, Sardar Usman Buzdar dalam upacara tersebut menyatakan laluan oren antara projek lalu lintas berlandasan di bandar yang paling maju di seluruh rantau Asia Selatan setakat ini. Operasi Laluan Oren itu dapat memberi perkhidmatan lalu lintas yang moden, berefisiensi tinggi, mesra alam dan selamat kepada penduduk bandar Lahore.

Projek Laluan Oren ini dibina sepenuhnya dengan standar, teknologi dan kelengkapan China. Semasa tempoh pembinaan lalu, lebih 7,000 pos kerja ditawarkan. Kemudian hampir 2,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan lagi untuk pemeliharaan dan operasi rutin. Sebagai salah satu program dalam pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan, projek yang dimulakan pada September 2015 dan disiapkan pada awal Oktober 2020 ini, telah menelan pelaburan sebanyak kira-kira USD1.6 bilion (RM6.66 bilion) yang dibekalkan Bank Import dan Eksport China (CEXIM).

张宪