WHO: Afrika Berhasil Bendung COVID-19

2020-10-26 13:58:26  CRI
Share with:

Kes tambahan COVID-19 yang dilaporkan di Afrika menurun, dan keadaan sekarang "amat menggembirakan". Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini.

Menurut Ketua Benua Afrika WHO, Matshidiso Moeti, sejak tercetusnya wabak berkenaan, Afrika belum pernah menyaksikan pertambahan eksponen jumlah jangkitan yang dibimbangkan ramai mula-mula sekali.

Ini tidak terlepas dari usaha negara-negara Afrika yang giat memperhebat pemeriksaan, pencegahan dan perubatan. Seawal Februari tahun ini, hanya terdapat dua makmal di Afrika Selatan dan Senegal yang mampu memeriksa koronavirus baharu. Bagaimanapun, sekarang terdapat lebih 750 makmal di benua berkenaan yang mempunyai kemampuan tersebut, malah 12 antaranya dikesan selaras dengan piawaian WHO. Setakat ini, lebih 15 juta orang di Afrika telah menjalani pemeriksaan berkenaan.

Jumlah katil hospital untuk kegunaan perubatan wabak telah meningkat daripada 13,000 pada April kepada 43,000 pada Ogos tahun ini. Selain itu, lebih 150,000 petugas perubatan telah diatur mengikuti latihan anjuran WHO dan pertubuhan terbabit dalam bidang pencegahan jangkitan.

高蕾