Sidang Antarabangsa Mengenai Isu Pelarian Syria Bakal Diadakan

2020-10-26 12:34:04  CRI
Share with:

Syria memutuskan mengadakan sidang antarabangsa mengenai isu pelarian pada bulan November. Demikian dimaklumakan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Syria, Walid Muallem semalam.

Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu Syria, Geir Pedersen telah tiba di Damsyik kelmarin untuk mengadakan lawatan ke Syria. Menurut laporan Agensi Bertia Syrian Arab (SANA), ketika bertemu dengan Pedersen, Muallem menyatakan, kerajaannya memutuskan mengadakan sidang tersebut pada 11 dan 12 November. Beliau turut memperkenalkan perincian jadual mesyuarat itu dan mengkritik negara Barat yang mempolitikkan isu kemanusiaan dan meletakkan halangan kepada pelarian yang mahu pulang ke tanah air mereka.

曹捷