WHO: China Dialu-alukan Sertai COVAX

2020-10-27 12:28:23  CRI
Share with:

 

Awal bulan ini, China mengumumkan akan menyertai “rancangan pelaksanaan vaksin COVID-19” (COVAX) yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Pengimunan Vaksin Global (GAVI).

WHO: China Dialu-alukan Sertai COVAX_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_8b423aa5-88a7-4326-8e29-3662741b79a7

Jurucakap WHO, Margaret Harris ketika diwawancara China Media Group (CMG) baru-baru ini berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan China, sementara menyifatkan penglibatan banyak negara termasuk China dalam COVAX memperlihatkan perpaduan seluruh dunia yang sebenar.

Tambah Harris, matlamat COVAX adalah untuk menjamin semua negara boleh mendapati vaksin secara cepat dan adil. Justeru katanya, penyertaan China dalam COVAX bermakna majoriti populasi dunia telah mengambil bahagian dalam COVAX.

Ulas beliau, vaksin yang selamat, berkesan dan mampu milik dapat dibekal kepada golongan orang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut Harris, penularan wabak COVID-19 bukan sahaja melibatkan krisis kesihatan, malahan turut meliputi masyarakat dan ekonomi, yang kini menyebabkan kematian melebihi sejuta orang.

Sehubungan itu katanya, vaksin dijangka akan kunci untuk mengakhiri pandemik itu.

 

Kini, hampir 200 jenis vaksin sedang diproses dalam ujian klinikal dengan sejumlah 184 negara dan kawasan menyertai COVAX yang secara tidak langsung mencerminkan komitmen pelbagai pihak untuk melawan wabak dan mencari jalan keluar.

 

Dalam pada itu, Margaret Harris berharap supaya jalan penyelesaian diusahakan melalui sains, komitmen dan kerjasama semua pihak.

 

Ujar beliau, usaha tersebut bukan sahaja berkaitan dengan teknologi, tetapi juga usaha bersama antara kita yang boleh mengelakkan kita daripada terperangkap dalam ancaman kesihatan.

张宪