China Bantu Pelarian Palestin Melawan Wabak

2020-10-27 14:12:32  CRI
Share with:

Barangan perubatan termasuk “beg kesihatan” yang mengandungi alat pelindung diri bagi mencegah jangkitan COVID-19 yang disediakan oleh China kepada pelarian Palestin telah dihantar ke negara berkenaan baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan semalam, bantuan ini mencerminkan sokongan teguh China kepada negara-negara Arab termasuk Palestin dalam usaha membendung penularan wabak tersebut, sokongan kepada institusi PBB dan amalan multilateralisme serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.  

Menurut Zhao, “beg kesihatan” jenis itu akan disediakan kepada pelarian Palestin di wilayah Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria menerusi saluran Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA). Serentak dengan itu, China juga mula menghantar barangan untuk kegunaan perubatan wabak ke institusi perubatan UNRWA di keempat-empat negara tersebut, dan barangan tersebut dijangka akan tiba pada hujung bulan Oktober hingga November.

吕清