EU Diberi Mandat Ambil Tindakan Balas Perdagangan terhadap AS

2020-10-27 14:11:02  CRI
Share with:

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada sidang rutin Badan Penyelesaian Sengketa (DSB) semalam memberi mandat secara rasmi kepada Kesatuan Eropah(EU) untuk mengenakan tarif tambahan terhadap barang-barang dan perkhidmatan Amerika Serikat (AS)  yang bernilai  tidak melebihi USD 3.99 bilion(RM 16.6 bilion ) setiap tahun sebagai tindakan balas ke atas subsidi AS kepada Boeing.

Wakil EU pada sidang itu menyatakan, tindak balas lanjutan EU dan AS tidak selari dengan kepentingan kedua-dua pihak. EU bertekad untuk mencapai penyelesaian jangka panjang dengan AS mengenai persengketaan subsidi pesawat sivil.

Berhubungan dengan ini, wakil AS menyatakan, negaranya akan berusaha bersama EU untuk mencapai konsensus, membetulkan tingkah laku yang menjejaskan kepentingan industri dan pekerja sektor penerbangan AS, dan mewujudkan suasana persaingan yang saksama untuk syarikat negaranya.

吕清