Kerjasama Antarabangsa bagi Pertumbuhan Inklusif dan Lestari

2020-10-28 12:50:22  CRI
Share with:

Kerjasama Antarabangsa bagi Pertumbuhan Inklusif dan Lestari_fororder_g20

Masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan lestari, setelah mengalami impak pandemik COVID-19.

Kerjasama Antarabangsa bagi Pertumbuhan Inklusif dan Lestari_fororder_g202

Demikian dinyatakan Pengerusi Sidang Kemuncak Perniagaan 20 (B20), Yousef Al Benyan di Riyadh, Arab Saudi kelmarin.

Pada majlis perasmian sidang kemuncak yang diadakan secara dalam talian, beliau memuji peranan positif kerajaan dan bank pusat pelbagai negara dalam usaha menangani impak penularan wabak. Kumpulan 20 (G20) komited mengambil langkah seperlunya untuk mengehadkan pengaruh wabak dan melindungi ekonomi global.

Raja Arab Saudi, Mohammad bin Salman Al Saud menitah, pandemik COVID-19 telah memutuskan rantai pembekalan, menggantungkan pelancongan dan menggolakkan pasaran global. Untuk itu, G20 telah membincangkan pendekatan memperhebat daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana, mendorong pemulihan perdagangan antarabangsa, merangsang kepelbagaian ekonomi dan menggalakkan pelaburan antarabangsa. 

高蕾