Calon Ketua Pengarah Baharu WTO Akhirnya Ditetapkan

2020-10-29 12:27:31  CRI
Share with:

Ngozi Okonjo-Iweala, asal Nigeria telah diambil masuk “kumpulan tiga orang” bagi calon jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Namun Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju terhadap keputusan pencalonan yang bakal diserahkan kepada majlis am nanti.

Demikian dimaklumkan Jurucakap WTO, Keith Rockwell dalam sidang akhbar semalam. Menurut beliau, anggota WTO bakal mengadakan meyuarat untuk memastikan calon jawatan Ketua Pengarah baharu pada 9 November yang akan datang.

Keith Rockwell pula menyatakan AS, negara satu-satunya yang tidak menyokong Ngozi Okonjo-Iweala menyandang jawatan Ketua Pengarah baharu, memilih terus menyokong calon asal Korea Selatan, Yoo Myung-hee.

Mengikut peraturan WTO, pencalonan Ketua Pengarahnya harus dibincangkan dan disetujui semua anggota WTO. Namun, pada situasi yang luar biasa pula, pengundian oleh anggota juga boleh diterima sebagai langkah untuk memilih Ketua Pengarah yang baharu.

张宪