DOL: Pemohon Faedah Pengangguran Catat 751 Ribu

2020-10-30 15:00:02  CRI
Share with:

DOL: Pemohon Faedah Pengangguran Catat 751 Ribu

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Buruh (DOL) Amerika Syarikat (AS), setakat 24 Oktober, jumlah pemohon faedah pengangguran direkodkan sebabyak 751 ribu dalam seminggu lalu, iaitu lebih rendah daripada jangkaan yang sebanyak 775 ribu.

Sementara itu, jumlah pemohon faedah pengangguran pada minggu sebelumnya pula adalah sebanyak 791 ribu.

Dalam hal ini, ahli ekonomi berpendapat, prospek ekonomi AS bergantung kepada keadaan penularan pandemik dan langkah-langkah pencegahan diambil oleh kerajaan.

Menurut mereka, ekonomi negara itu mustahil dipulihkan sehingga rakyat AS benar-benar yakin terhadap keselamatan aktiviti sosial secara normal.

 

胡星