Ekspo China-ASEAN Ke-17 Dalam Talian

2020-10-31 14:11:40  CRI
Share with:

Upacara pelancaran wahana “Ekspo China-ASEAN Online”, iaitu Ekspo China-ASEAN Ke-17 telah diadakan di Nanning, wilayah Guangxi semalam.

Model “pameran dalam talian+pameran luar talian” pertama kali digunakan dalam Ekspo kali ini untuk menyediakan perkhidmatan percuma kepada pempamer dan pengunjung yang merangkumi pameran dan rundingan secara maya, mesyuarat promosi dan e-niaga rentas sempadan.

Para pengunjung boleh melakukan pembelian yang bersifat ‘one-stop’ terhadap produk China dan negara-negara ASEAN melalui pelayaran laman web wahana “Ekspo China-ASEAN Online” yang terdiri daripada unit produk China, unit produk negara ASEAN, unit produk dari negara undangan, rakan kerjasama dan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI).

Sementara itu, “Ekspo China-ASEAN Online” pula akan menganjurkan aktiviti promosi perdagangan seperti sidang taklimat dan pembelian barang rentas sempadan secara maya, penjualan barang menerusi siaran langsung anjuran “selebriti internet” dan sidang promosi produk ASEAN.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi, Zhou Hongbo dalam upacara tersebut menyatakan China dan negara ASEAN akan mewujudkan “diplomasi awan”, iaitu satu wahana berdialog peringkat tinggi yang baharu, di samping terus mempergiat kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta membuka “saluran Nanning dalam talian” dalam kerjasama pelbagai bidang.

Selain itu, upacara perasmian eskpo, forum peringkat tinggi, sidang promosi negara ASEAN dan sidang menarik pelaburan untuk taman industri berkenaan pula akan diadakan dan disiarkan secara langsung melalui wahana tersebut.

曹捷