Cetak Biru Pembangunan China, Peluang Baharu Sedunia

2020-10-31 13:22:36  CRI
Share with:

Cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun (FYP) Ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China serta Wawasan 2035 yang diluluskan dalam Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang berakhir di Beijing kelmarin, bukan sahaja merupakan garis panduan dan hala tuju pembangunan China pada masa depan, malahan dijangka akan membawa peluang baharu bagi pemulihan dan peningkatan ekonomi sejagat.

Ditegaskan dalam pengumuman selepas Sidang Pleno tersebut bahawa perlu terus mendorong pembangunan berkualiti tinggi, mengintensifkan pembaharuan struktur terhadap sektor pembekal, terus mengembangkan sains dan teknologi ke arah berdikari sehingga menjadikannya tunjang strategik pembangunan kebangsaan, memperluas permintaan domestik dengan mengutamakan pasaran domestik di samping menyelaraskan perkembangan bersama antara pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa. Pendek kata, garis panduan yang terkandung dalam cadangan tersebut membawa makna yang penting terhadap China bahkan dunia untuk jangka masa yang panjang.

Dalam pada itu, “Pola Pembangunan Baharu” China bukan sahaja merujuk kepada pasaran tunggal dalam ekonomi domestik , tetapi juga penyelarasan antara pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa yang bersifat terbuka. Selepas tercetusnya krisis kewangan antarabangsa pada 2008, kebergantungan pada penggunaan dan pelaburan domestik kelihatan semakin meningkat dalam pertumbuhan ekonomi China.

Pasaran merupakan sumber yang berharga di seluruh dunia. Dalam konteks ini, China mempunyai pasaran yang besar, hingga mampu menyokong operasi ekonomi domestik, sekali gus menarik lebih banyak sumber berkualiti tinggi dari seluruh dunia untuk mempergiat operasi ekonomi antarabangsa. Sebenarnya cadangan tentang penggubalan FYP ke-14 yang dikemukakan dalam sidang pleno kali ini telah memperlihat keyakinan teguh Chinia untuk terus mendorong pembinaan ekonomi global yang lebih terbuka.

Matlamat-matlamat jangka masa panjang yang bakal dicapai menjelang 2035 yang terkandung dalam Wawasan 2035 adalah seperti berikut: kapasiti ekonomi dan pendapatan purata penduduk bandar dan desa akan dinaikkan ke tahap yang baharu, kemajuan signifikan dicapai dalam pembangunan teknologi kunci, Keluar Dalam Negara Kasar (KNDK) pula ditingkatkan pada taraf negara maju sederhana, dan kemajuan signifikan dicapai dalam menyejahterakan rakyat ke arah kaya bersama. Sekiranya matlamat-matlamat tersebut dicapai mengikut jadual, modenisasi dijangka dapat direalisasikan di negara sosialis ini. 

China akan terus berusaha gigih satu langkah demi satu langkah, sementara bersedia berganding bahu dengan negara-negara lain demi pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. China yang begini pasti akan menghasilkan keajaiban dan peluang menang-menang, dan berbaloi dinanti-nantikan seluruh dunia.

曹捷